ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen Liga Juara-juara Nissan UEFA kembali untuk tahun yang kedua

Views

Setelah mendapat sambutan yang begitu hangat, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah memulakan Kempen Liga Juara-juara Nissan UEFA untuk tahun kedua dan bakal berlangsung sepanjang bulan Mac.

Pelanggan yang membeli kenderaan Nissan layak mengambil bahagian dan berpeluang memenangi percutian yang ditanggung sepenuhnya ke perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara UEFA 2015/16 di Eropah.

“Kempen Liga Juara-juara Nissan UEFA kini kembali sekali dengan membawakan lebih keterujaan kepada peminat Nissan dan bola sepak tempatan selain meningkatkan pengalaman mereka terhadap pertandingan bola sepak yang paling berprestij di Eropah,” kata Pengarah Perancangan Produk & Pemasaran Edaran Tan Chong Motor, Tan Keng Meng.

Untuk tahun ini, ETCM menjemput semua peminat bola sepak untuk mengundi gol-gol kegemaran mereka menerusi peraduan‘Goal of The Week’ di http://bit.ly/NissanUCL-GOTW dari 16 Mac hingga 3 April 2016.

DEKSTOP SKIN 1366X768

Peraduan‘Goal of The Week’ Liga Juara-juara UEFA dianjurkan oleh Nissan memberi peluang kepada peminat bola sepak di seluruh dunia untuk menentukan gol-gol tercantik selain berpeluang memenangi barangan Liga Juara-juara UEFA.

Nissan juga telah meneruskan kerjasamanya dengan duta-duta rasmi jenama atau ‘Engineers of Excitement’ yang terdiri daripada bintang pasukan Barcelona, Andrés Iniesta; kapten pasukan Paris Saint-Germain, Thiago Silva; pemain Manchester City, Yaya Touré dan pemain pasukan Schalke, Max Meyer.

ETCM turut menawarkan kenderaan stok tahun 2016 pada harga tahun 2015 untuk beberapa model Nissan terpilih. Semua model Nissan juga hadir bersama promosi menarik seperti rebat tunai, tawaran penukaran (trade-in) dan pakej pembiayaan yang inovatif.

Orang ramai juga dijemput mengunjungi bilik pameran dan siri jelajah Nissan untuk menikmati pelbagai tawaran hebat dan mendapatkan barangan Liga Juara-juara Nissan UEFA eksklusif secara percuma dengan hanya memandu uji kenderaan Nissan. Untuk maklumat lanjut, layari laman www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

Tarikh siri jelajah Nissan adalah seperti berikut:

TarikhLokasi
11-13 MacParadigm Mall, Petaling Jaya
11-13 Mac1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu
11-13 MacPark City Mall, Bintulu
15-20 MacAeon Seremban 2, Seremban
15-20 MacMentakabStar Mall, Mentakab
16-20 MacIOI City Mall, Putrajaya
18-20 MacStar Megamall, Sibu
24-27 MacTaiping Sentral Mall
25-27 MacImago Times Square, Kota Kinabalu

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply