ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kempen ‘March Deal Boosters’ Nissan tawar berjuta Boost Star kepada pelanggan

Berita Tempatan

Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan kempen terbaharunya ‘March Deal Boosters’  di mana para pembeli model baharu Nissan berpeluang menjadi jutawan Boost Star.

Boost Stars biasanya terkumpul melalui transaksi menggunakan aplikasi Boost dan boleh ditebus untuk ganjaran daripada katalog BoostUP.

Sehingga 20 juta Boost Stars akan diberikan sepanjang tempoh kempen berlangsung dari 1 Mac sehingga 31 Mac 2022.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Antara model Nissan yang ditawarkan dengan Boost Stars termasuklah Almera 1.0L Turbo, Navara 2.5L Turbo 4WD, X-Trail dan Serena S-Hybrid.

Selain itu, pakej aksesori percuma dan servis penyelenggaraan percuma turut ditawarkan untuk memberikan nilai wang yang lebih baik.

ETCM berharap warga Malaysia akan menggunakan peluang ini untuk membeli kenderaan Nissan baharu sementara ‘cuti cukai’ masih ada.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Sepanjang bulan Mac juga, pengunjung ke bilik pameran Nissan yang memandu uji Almera Turbo bakal menerima Baucar Watsons bernilai RM30.

Bagi mereka yang sedang mencari trak pikap, Navara PRO-4X merupakan pilihan yang terbaik di Malaysia. Kesemua kenderaan Nissan selain Navara didatangkan dengan jaminan selama 5-tahun tanpa had perbatuan.

Untuk model Navara, perbatuan dihadkan kepada 150,000 km atau 5-tahun, yang mana terdahulu. Buat pelanggan yang tidak dapat berkunjung ke bilik pameran Nissan secara fizikal, mereka boleh melayari Bilik Pameran Dalam Talian Nissan menerusi pautan ini.

Bukan itu sahaja, sekiranya pembelian dibuat menerusi stor Lazada Nissan Flagship, pembayaran yuran tempahan rendah dalam talian kini tersedia dan Wakil Jualan Nissan akan menghubungi untuk membantu menyelesaikan proses pembelian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply