ARKIB

KATEGORI

Tular

Kempen penyokong sebuah parti politik langgar undang-undang lalu lintas

Berita Tempatan

Views

Polis mengesan terdapat beberapa pelanggaran undang-undang lalu lintas telah berlaku dalam kempen pilihan raya membabitkan sebuah parti politik di Taman Koperasi Polis Fasa 2 di Sentul, pada Ahad.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, satu video tular yang memaparkan beberapa individu didapati telah menunggang skuter elektrik secara berkumpulan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Ia telah melanggar Peraturan 42 Kaedah Lalu lintas 1959 (LN166/19596) yang mana penunggang dikehendaki menunggang dalam satu barisan sahaja di atas jalan.

Eng Lai berkata, selain itu, turut dikesan tindakan individu yang duduk di bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan bahaya.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Perbuatan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Peraturan 92 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN170/1959).

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 15 Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap dua buah kenderaan ‘buggyjika didapati tidak memiliki cukai jalan atau kebenaran daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Hasil siasatan, pihaknya mendapati parti politik yang terlibat dalam kempen itu memiliki permit perjumpaan awam terbuka yang sah daripada Ketua Polis Daerah Sentul dan kempen tersebut berlangsung pada jam 9 pagi tadi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis KL

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply