Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) telah mengemaskini kempen selepas jualan “Welcome Back” dengan faedah tambahan khusus buat pemilik Volkswagen yang menjadi sebahagian daripada petugas barisan hadapan. Manfaat tambahan ini adalah tanda penghargaan kecil bagi meringankan beban mereka yang sanggup mempertaruhkan kesihatan mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia
Antara penambahan yang dibuat untuk kempen “Welcome Back” terbaharu ini termasuklah keutamaan tempahan, sanitasi kereta percuma dan diskaun 10 peratus dari jumlah bil. Para pemilik yang merupakan petugas barisan hadapan perlu menyatakan bidang pekerjaan masing-masing semasa mendaftar dalam talian, dan kakitangan Volkswagen akan menghubungi mereka untuk pengesahan.
JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?
Setelah diluluskan, faedah tambahan akan dikreditkan ke dalam dompet Volkswagen Cares App mereka dan siap sedia digunakan untuk temu janji mereka yang telah ditempah lebih awal. Temu janji mesti dibuat dalam masa 30 hari selepas PKP ditamatkan.
Kempen “Welcome Back” meraikan semua pemilik dan mereka, termasuklah yang bukan petugas barisan hadapan yang mendaftar akan menerima hadiah dan tambahan baucar minyak enjin bernilai RM50 (untuk pemilik yang tidak menebus servis penyelenggaraan percuma dan bukan ahli Volkswagen Cares Plus (VCP)).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
KOMEN TERKINI