ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kena tangkap dah…

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, polis telah menahan seorang lelaki kerana disyaki menyimbah air minuman ke arah jurutol yang bertugas di Lebuhraya Shah Alam (KESAS), dari Puchong menghala ke USJ, Subang Jaya, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman, suspek berusia lingkungan 30-an itu turut didapati mengeluarkan kata-kata ugutan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Katanya, insiden itu bermula pada jam 7 pagi apabila kenderaan jenis Perodua Bezza dipandu suspek memasuki lorong tol 30 di mana mangsa bertugas, untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go. Bagaimanapun, mangsa memaklumkan bahawa tambah nilai kad itu hanya boleh diisi di lorong 28. Suspek kemudian berlalu pergi ke lorong 28 seperti disyorkan mangsa.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!

Tambah beliau, lelaki itu kembali semula ke lorong 30 pada jam 9.05 pagi hari sama dan memarahi mangsa dengan mengatakan ‘jangan main-main dengan saya’. Suspek kemudiannya menyimbah air minuman dibawanya ke arah mangsa dan meneruskan perjalanan.

Mengulas lanjut, Risikin berkata, mangsa yang dalam ketakutan akibat insiden itu kemudian membuat laporan polis. Kes disiasat Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Semalam, satu rakaman video berdurasi 51 saat tular di Facebook, memaparkan seorang lelaki menyimbah air minuman di lorong 30 berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply