ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan asing wajib mohon VEP – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasminya, Kementerian Pengangkutan (MOT) Malaysia ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Seksyen 66H Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] telah menetapkan bahawa mana- mana individu yang memandu kenderaan asing ke Malaysia hendaklah memohon permit kemasukan kenderaan bermotor asing (Vehicle Entry Permit – VEP).

Mana-mana individu yang memandu kenderaan bermotor asing tanpa VEP adalah melakukan suatu kesalahan. VEP adalah merupakan satu komponen penting dalam usaha kerajaan untuk menangani masalah dengan pemilik kenderaan asing yang melanggar undang-undang pengangkutan jalan raya dan isu- isu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab membawa masuk/keluar kenderaan yang dicuri atau tidak sah pendaftaran merentasi sempadan negara.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

VEP membolehkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai keupayaan menyimpan rekod dan memantau kenderaan bermotor asing yang bergerak masuk dan keluar negara seterusnya mencapai objektif utama peruntukan undang-undang ini. Pendaftaran untuk VEP telah dibuka sejak April 2019.

Tempoh 6 bulan diberikan kepada pemilik kenderaan asing untuk menyelesaikan proses pendaftaran sehingga Oktober 2019. Mereka boleh berbuat demikian menerusi pautan ini dan mendapatkan tag VEP-RFID yang dipasang di empat pusat pemasangan (FC) di lokasi berikut (Johor Bahru):

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

  • Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) arah selatan Gelang Patah.
  • Pakir terbuka Plaza Angsana.
  • R&R Pandan.
  • Plaza Tol Kedai Lima.

Kerajaan juga telah mengemaskini sistem bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran dan sebagai tambahan kepada FC sedia ada, satu lagi FC dibuka di pejabat JPJ di KSAB (aliran trafik keluar ke Singapura). Tarikh operasi pusat ini akan diumumkan kelak.

Disebabkan oleh kesukaran untuk mendapatkan temu janji untuk pemasangan tag RFID, kementerian juga bersetuju untuk menangguhkan sementara penguatkuasaan VEP di semua laluan keluar KSAB dan BSI semasa waktu puncak sehingga notis baharu dikeluarkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply