ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan asing yang gagal membayar saman trafik akan dilarang keluar dari Malaysia – Menteri Pengangkutan

Views

Portal berita Malaysiakini melaporkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kenderaan asing yang belum menyelesaikan bayaran saman trafik akan dilarang untuk meninggalkan negara ini. Beliau berkata tindakan menyekat kenderaan itu akan bermula apabila kerajaan melaksanakan sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di sempadan negara bermula tahun ini.

Mereka sebelum ini dikendalikan oleh dua syarikat konsesi. Kerajaan sedang meneliti berbagai pendekatan yang akan digunakan, misalnya, dengan melaksanakan sistem VEP di sempadan dengan Singapura. Buat masa ini, kenderaan (yang memasuki Malaysia) akan dikenakan bayaran RM20. Kenderaan ini akan didaftarkan di bawah VEP, supaya apabila ia bermula, kenderaan dengan saman yang belum dijelaskan bayaran tidak boleh meninggalkan negara.

JOM BACA >> WAJIB BACA: Perodua Alza Facelift 2018 – Apa Yang Kami Tahu

Walaubagaimanapun, ia akan mengambil masa untuk dilaksanakan, tetapi inilah caranya untuk masa depan. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat pusat kawalan Automated Enforcement System (AES) di Kelana Jaya semalam. Loke menjelaskan fasa pertama VEP akan bermula di sempadan Malaysia-Singapura pada tahun ini. VEP di sempadan Thailand pula akan dilaksanakan pada fasa kedua.

Semasa kunjungan itu, beliau berpeluang melawat pusat yang mengawal semua 45 kamera AES di seluruh negara. Kamera-kamera itu, 19 daripadanya adalah untuk penguatkuasaan terhadap kesalahan memandu melebihi had laju manakala selebihnya, bagi kesalahan melanggar lampu isyarat. Ia kini berada di bawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ). Sebelum ini sistem itu dikendalikan oleh dua syarikat konsesi.

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply