ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan pacuan empat roda KKM terbabas, seorang cedera

Berita Tempatan

Views

Seorang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) cedera setelah kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas di Jalan Jelapang-Taman Meru Perdana, Ipoh, pagi ini.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

K! ONLINE melaporkan, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 7.29 pagi.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, sebuah kenderaan pacuan empat roda milik KKM dilihat telah terbabas masuk ke dalam parit di bahu jalan.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Terdapat seorang lelaki tersepit, namun mangsa berusia 42 tahun yang cedera telah dikeluarkan orang awam. Berdasarkan maklumat awal, mangsa dalam perjalanan pulang dari Chemor ke tempat kerja di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Menurutnya, mangsa diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) sebelum dihantar ke HRPB untuk rawatan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bomba Perak

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply