ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan penumpang CKD tidak dikecualikan SST – Jabatan Kastam

Views

Semalam berlaku sedikit kekeliruan informasi mengenai harga kenderaan penumpang akan dikecualikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 September nanti, namun Jabatan Kastam menjelaskan bahawa SST untuk kenderaan penumpang, hanya diberikan kepada pengeluar kereta dan bukannya pembeli.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk T Subromaniam dalam satu kenyataan menjelaskan, barang yang dikecualikan daripada cukai jualan dalam senarai tersebut hanya merujuk kepada komponen yang tercurai bagi pemasangan kenderaan penumpang (Completely Knocked Down – CKD) sahaja.

JOM BACA >> TIPS : 5 Benda Yang Boleh Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!

Apabila kenderaan siap dipasang daripada komponen-komponen CKD yang diimport tadi, kenderaan tersebut adalah tertakluk kepada cukai jualan. Oleh itu, pihak Kastam berharap tiada lagi salah faham mengenai laporan dari pihak media sebelum ini yang menyatakan bahawa kenderaan CKD tidak akan dikenakan SST.

Kepada mereka yang mengharap sebelum ini, lupakan sahaja hasrat anda dan ambillah kesempatan yang ada selagi cukai masih bercuti sehingga hujung bulan Ogos nanti. Segeralah ke bilik pameran jenama kereta idaman anda yang berhampiran ye, jangan berlengah lagi!

JOM BACA >> TIPS : Kilatkan Lampu Depan Kereta Yang Kusam Dan Kekuningan Dengan Modal Tak Sampai RM15!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply