ARKIB

KATEGORI

Rencana

Kenderaan tak salah, hanya sikap segelintir pemandu – Azad Jasmi

Rencana

Views

Artikel oleh Azad Jasmi, Ketua Jurulatih TIC Advanced & Performance Driving Academy.

Tahniah KOSMO! ONLINE atas berita dan info. Pada awalnya, temu ramah dengan saya hanyalah untuk artikel teknik dan tips pemanduan, namun pasukan KOSMO! ONLINE telah perkembangkannya menjadi isu utama akhbar.

Terdapat juga artikel melalui KOSMO! ONLINE namun berita ini dibawah kolum “Premium”, jadi hanya sebahagian sahaja berita yang dapat dibaca secara dalam talian, melainkan anda melanggan KOSMO!.

Jika ingin membaca berita penuh, boleh dapatkan akhbar. Terdapat perkongsian tentang pemanduan ketika temu ramah tentang kes kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan pacuan empat roda (4×4).

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Tajuk “Lesen Pemandu Khas” itu bukanlah pernyataan saya. Tetapi tajuk ini mungkin akan memberikan berita sensasi.

Saya tekankan tentang latihan pemanduan berbeza untuk pengendalian kenderaan. Beberapa kali saya ulang, bukan salah kenderaan, tetapi sikap.

Apabila ditanya tentang antara cara kurangkan kenderaan, saya tekankan tentang latihan pemanduan berbeza dan klasifikasi lesen kerana perlu latihan berlainan dari sekolah memandu.

Saya menyatakan bahawa antara punca nahas ialah “Sikap pemandu yang mungkin kurang memahami karektor kenderaan pikap itu.”

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Pastikan kita sentiasa berusaha tingkatkan ilmu pemanduan, berdoa, bertawakkal serta memandu dengan cermat insyAllah.

Bagi saya, kemalangan ini bukan kesalahan kenderaan 4×4 tetapi sikap segelintir pemandu. Ramai yang memandu dengan baik.

Sama seperti isu Myvi serta isu motosikal. Ramai yang memandu dan menunggang dengan baik, tetapi disebabkan isu tular dan sebagainya, nama buruk terpalit pada kenderaan.

Myvi dan 4×4 itu tidak salah namun sikap sesetengah pemandu yang telah memberikan nama buruk pada kenderaan tersebut. Saya doakan agar Allah berikan keselamatan buat kita semua insyAllah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply