ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kepingan konkrit dinding jejambat hempap kereta, wanita nyaris maut

Tular

Views

Berpantang maut sebelum ajal. Seorang wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap kepingan konkrit konkrit dinding jejambat lebuh raya yang sedang dalam pembinaan di Jalan Sungai Besi di Kuala Lumpur, petang tadi.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka

Menurut Harian Metro, kejadian pada 4.30 petang itu tular di media sosial apabila satu video menunjukkan mangsa dibantu keluar daripada kenderaannya oleh orang ramai selepas dihempap konkrit berkenaan. Video berdurasi 27 saat itu turut menunjukkan konkrit sebesar satu meter persegi yang menghempap bumbung kereta mangsa.

JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

Insiden berkenaan disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya. Jelas beliau, kepingan konkrit pembinaan lebuh raya anggaran satu meter persegi terjatuh ke atas sebuah kereta Proton Saga BLM milik mangsa.

Tambah beliau, mangsa cedera di tangan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk di lokasi dan satu lorong terpaksa ditutup bagi kerja mengalihkan kenderaan. Tambah beliau lagi, kerja pengalihan dan pembukaan semula lorong mengambil masa selama dua jam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply