ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kepingan konkrit hempap kereta – Kontraktor dan subkontraktor SUKE didenda RM180,000

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, kontraktor utama dan subkontraktor projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) didenda RM180,000 kerana gagal menjalankan kewajipan memastikan keselamatan di tapak bina, susulan insiden konkrit struktur pembinaan lebuh raya itu jatuh dan menimpa sebuah kenderaan pada 19 September lalu.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) memaklumkan, kontraktor utama, MRCB Builders Sdn Bhd dikenakan penalti sebanyak RM80,000, manakala subkontraktor Makna Setia Sdn Bhd berjumlah RM100,000.

Katanya, kedua-dua kontraktor itu masing-masing didenda mengikut Seksyen 34B(1)(c) dan Seksyen 34C(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520), iaitu kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas pembinaan.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Hasil siasatan CIDB mendapati, subkontrator itu turut tidak mengikut prosedur kerja yang betul dan mempunyai penyelia tapak yang tidak diakredit. Justeru, subkontraktor berkenaan diarah membuat penambahbaikan dalam prosedur keselamatan termasuk menghantar pekerja, penyelia tapak dan pengurus pembinaan untuk diakreditasi.

Dalam kejadian pada 19 September lalu, seorang wanita nyaris maut apabila keretanya ditimpa batu konkrit daripada struktur pembinaan SUKE yang jatuh di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Insiden itu menyebabkan wanita berkenaan terperangkap dalam kereta dipandunya yang remuk pada bahagian bumbung selepas ditimpa kepingan konkrit dianggarkan bersaiz satu meter persegi itu.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Mangsa dilaporkan hanya cedera pada tangan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan. CIDB berkata, bagi menjamin keselamatan awam dan langkah kerja bagi projek SUKE, pihaknya turut mengarahkan subkontraktor berkenaan melakukan audit keselamatan oleh pihak ketiga terhadap keselamatan projek, cara kerja dan pengendalian dan pengurusan tapak bina.

Tambah CIDB lagi, sepanjang siasatan, kedua-dua syarikat memberi kerjasama yang baik termasuk membuat aku janji untuk meningkatkan prosedur dan perlaksanaan kerja yang lebih selamat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply