ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan akan perkenal ‘bingkai plat khas’ untuk kenderaan elektrik

Berita Tempatan

Views

Kerajaan akan memperkenalkan bingkai plat khas bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik bagi membezakan ia dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata plat khas itu akan dikeluarkan oleh syarikat pengeluar dan dipasang terus pada kenderaan berkenaan.

“Kita akan perkenalkan plat khas, bukan nombor (pendaftaran kenderaan) bagi membezakan kenderaan ZEV dan ICE dalam tempoh terdekat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Plat itu akan dikeluarkan oleh syarikat kenderaan berkaitan, jadi kita akan bekerjasama dengan mereka, seperti bahan yang akan digunakan dan sebagainya. Saya tidak mahu umumkan hari ini, tunggu nanti,” katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Kerajaan tak akan turun cukai jalan kereta pakai minyak

Dalam pada itu, ditanya sama ada kerajaan berhasrat menurunkan kadar cukai jalan bagi kenderaan ICE susulan pengenalan fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan ZEV, Loke sekadar berkata tidak.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jelasnya, kerajaan tidak berhasrat membuat perubahan pada fi LKM kenderaan ICE kerana kadar sedia ada adalah rendah dan berpatutan.

“Tidak (berhasrat turunkan fi LKM kenderaan ICE) sebab kita sekarang menggalakkan penggunaan ZEV dan kini kita tumpu kepada mengurangkan harga cukai jalan bagi ZEV.

“Untuk kenderaan ICE sedia ada, kita buat masa ini tak buat perubahan kepada (harga) cukai jalan kerana kebanyakan rakyat kita masih guna ICE, sekiranya kita nak meningkatkan kadar itu, ia mungkin menjejaskan mereka,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Number Plate Clinic dan CarReg UK

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply