ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan jangka LRT pulih lebih awal – Ismail Sabri

Berita Tempatan

Views

Kerajaan menjangkakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di beberapa stesen yang terjejas ketika ini dapat pulih lebih awal.

Berita Harian melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kini kerja baik pulih sedang giat dijalankan pasukan teknikal Rapid Rail, dengan bantuan pasukan pengeluar sistem, Thales Group dari Kanada dan Singapura.

Menurutnya, kerajaan juga menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Kementerian Pengangkutan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Setakat ini semua sistem keselamatan stabil mengikut data ujian yang diperoleh dengan menggunakan 38 set tren di laluan Putra Heights ke Gombak sepanjang hari ini.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Sistem isyarat dan komunikasi sedang diuji lagi malam ini dan dinilai untuk memastikan LRT laluan Kelana Jaya bersedia untuk beroperasi dengan selamat lebih awal daripada Selasa ini.

Dalam masa sama, Ismail Sabri mengakui runsing kejadian sama kembali berulang sehingga menganggu aktiviti harian warga kota.

Beliau berkata, siasatan menyeluruh akan dijalankan terutamanya punca kejadian ini berulang terutamanya ketika musim kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sedang giat berlangsung.

Gangguan komponen elektronik sistem kawalan tren automatik (ATC) pada Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya pertama kali berlaku sepanjang tempoh pengoperasian perkhidmatan itu.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Gangguan menyebabkan kehilangan isyarat antara pusat kawalan dan tren mengakibatkan tren tidak dapat beroperasi secara automatik antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park, Selasa lalu.

Mengambil kira faktor keselamatan penumpang dan masa yang akan diambil untuk mengesan pasti punca gangguan dan sesi ujian, perkhidmatan antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park digantung selama tujuh hari.

Semua perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan menamatkan operasi lebih awal iaitu jam 11 malam bagi bagi memberi lebih masa kepada pasukan kejuruteraan untuk melaksanakan kerja rektifikasi dan baik pulih.

Perkhidmatan bas perantara percuma akan disediakan untuk keperluan penumpang dan mengurangkan kesesakan di stesen yang terjejas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rapid KL

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply