ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan luluskan laluan ujian kenderaan swapandu di Cyberjaya

Berita Tempatan

Views

Portal Lowyat.net melaporkan, anak syarikat Cyberview Sdn Bhd di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Futurise telah memperkenalkan Laluan Ujian MyAV Cyberjaya yang telah pun diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan juga Majlis Perbandaran Sepang.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Laluan ini dibangunkan oleh syarikat tersebut bersama dengan MOT di bawah inisiatif National Regulatory Sandbox bagi membangunkan projek kenderaan swapandu. Ia disasarkan kepada syarikat teknologi untuk menguji kemampuan kenderaan swapandu di Malaysia, sebelum menentukan sama ada teknologi itu dibenarkan untuk dilaksanakan atau diperakui oleh pihak berkuasa.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Kelulusan tersebut diharapkan dapat menyaksikan lebih banyak syarikat akan mengambil bahagian dalam menggunakan laluan ujian itu bagi menilai dan mengembangkan kenderaan swapandu mereka. Menurut laporan The Malaysian Reserve, ketua perniagaan Cyberview Roni Shah Mustapha berkata, teknologi seperti ini dapat berfungsi sebagai penghubung jarak pertama dan terakhir di Cyberjaya.

Tambah beliau, pihaknya sedang berbincang dengan beberapa pemain industri mengenai potensi memiliki bas swapandu yang boleh menjalani ujian di sini, serta penyediaan bas elektrik yang dapat dikendalikan dengan harga yang murah. Papan tanda yang menunjukkan titik mula dan tamat laluan ini telah pun dipasang di Cyberjaya, seperti yang disiarkan menerusi akaun Facebook rasmi Futurise beberapa hari lepas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Futurise

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply