ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan perhalusi kelonggaran untuk rentas negeri bagi individu yang lengkap divaksinasi: Khairy

Berita Tempatan

Views

Kerajaan kini sedang meneliti kelonggaran dan kebebasan yang akan diberikan kepada individu yang sudah melengkapkan vaksinasi termasuk kebenaran untuk merentas negeri, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Menurut Sinar Harian, beliau berkata, perkara itu sedang diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal terdiri daripada pakar-pakar kesihatan dan sains yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV), sebelum dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk diumumkan dalam masa terdekat.

Jelasnya, ia akan melihat aspek klinikal selain mengambil kira data-data dari negara lain. Apakah kebebasan yang akan dibenarkan kepada mereka yang sudah lengkap divaksinasi dan pada tahap peratusan ambang manakah kita dapat memberi kebebasan kepada mereka yang sudah menerima vaksin.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Misalnya, di Amerika Syarikat, Centers For Disease Control (and Prevention) telah keluarkan garis panduan bagi mereka yang sudah lengkap vaksinasi. Contohnya, sekiranya ada beberapa orang yang telah lengkap vaksinasi yang ingin berjumpa di dalam satu bilik, mereka boleh buka pelitup muka.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengenai Pelan Pemulihan Negara – Vaksinasi Kunci Kepada Pemulihan Ekonomi, di Putrajaya, semalam.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,berkata, individu yang sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19 juga akan dikenal pasti menerusi aplikasi MySejahtera yang berperanan sebagai pasport vaksin kepada individu tersebut.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Katanya, apabila profil MySejahtera anda berwarna kuning, bermakna vaksinasi anda sudah lengkap dan kita akan guna kod QR tersebut apabila jawatankuasa teknikal mengesyorkan kebebasan kepada mereka yang sudah lengkap vaksinasi diberikan kebenaran melakukan perkara-perkara yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan.

Beliau berkata, kerajaan juga sedang berunding dengan negara-negara lain untuk mendapatkan pengiktirafan bersama mengenai pasport vaksinasi itu, dan setakat ini Singapura sudah hampir memuktamadkan rundingan tersebut dengan Malaysia.

Beliau bagaimanapun mengulangi ingatan agar rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan walaupun mereka sudah divaksinasi dan mendapat kebebasan. Walaupun vaksinasi ini sangat penting untuk memulihkan negara, tetapi dari sudut SOP yang sedia ada seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan lain-lain, ia mesti diteruskan dan dikuat kuasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply