ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan tak jadi jual PLUS – Konsesi tol disambung 20 tahun dengan diskaun tol 18 peratus

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan, kerajaan memutuskan untuk tidak menjual Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Expressway Berhad. Namun Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan tempoh konsesi tol itu akan disambung selama 20 tahun dengan kadar diskaun tol yang ditetapkan sebanyak 18 peratus bermula tahun ini.

Kata beliau, kerajaan telah meneliti semua tawaran yang dibuat oleh pihak swasta kepada Khazanah dan telah memutuskan untuk tidak menjual PLUS kepada sesiapa. Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga kekal sebagai pemegang kepentingan terbesar PLUS.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Tambah beliau,PLUS akan mengurangkan bayaran tol dengan kadar diskaun 18 peratus, dan jika kita lihat kadar ini dalam tempoh 20 tahun ianya sangat rendah. Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Kompleks Balai Islam Tenaga Nasional Berhad (TNB) pagi tadi.

Malah jelasnya, meskipun terdapat penambahan kenderaan pada masa hadapan namun keuntungan yang diperoleh tidak seperti konsesi sebelum ini. Bilangan trafik mungkin bertambah, tetapi nilai ringgit itu akan jatuh, jadi PLUS tidak dapat keuntungan besar seperti sebelum ini.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Jelias beliau lagi, kerajaan telah menetapkan 18 peratus diskaun, Khazanah dan KWSP akan mengekalkan kepentingan mereka dalam PLUS. Jadi kerajaan boleh mengurangkan kadar tol tanpa menjejaskan pendapatan mereka.

Sebelum ini, teka-teki sama ada PLUS akan dijual terus menjadi perhatian apabila beberapa syarikat swasta menawarkan untuk membeli kepentingan dalam syarikat itu. Antara syarikat yang berminat termasuk konglomerat pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu, Widad Business Group Sdn Bhd (WBG) pada nilai RM5.3 bilion.

Selain itu, kumpulan ekuiti swasta, RRJ Capital turut berhajat membeli kepentingan tersebut pada nilai RM3 bilion dan menyasarkan untung mengurangkan kadar tol sebanyak 20 peratus. Untuk rekod, Khazanah memegang 51 peratus kepentingan dalam PLUS.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply