ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan tangguh pelaksanaan saman dan kompaun penggunaan CRS

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, kerajaan menangguhkan penguatkuasaan saman dan kompaun ke atas pemandu kenderaan persendirian yang tidak menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang sepatutnya bermula hari ini ke satu tarikh lain yang akan ditentukan kelak.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, penangguhan tersebut susulan penularan pandemik COVID-19 selain kerajaan mahu memberi lebih ruang kepada orang ramai untuk membuat persediaan.

Jelas beliau, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) masih meneruskan peraturan ini, atas dasar keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dan pada masa yang sama, aktiviti advokasi akan diteruskan. Tambah beliau, aktiviti penguatkuasaan yang akan menumpukan kepada aspek mendidik, menasihat dan mengingatkan orang ramai mengenai pentingnya penggunaan CRS.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

MOT pada 1 Januari lalu menguatkuasakan pelaksanaan CRS dalam setiap kereta persendirian, namun pengeluaran saman atau kompaun ditangguhkan untuk enam bulan iaitu sehingga 30 Jun (semalam) bagi memastikan industri dapat menyediakan bekalan CRS yang mencukupi.

Namun, berikutan penularan pandemik COVID-19 dan bagi memberi lebih ruang kepada orang ramai membuat persediaan, maka aktiviti penguatkuasaan akan dilaksanakan berasaskan prinsip mendidik, advokasi dan memberi nasihat terlebih dahulu sehingga ke satu masa yang akan ditentukan kelak.

Kata beliau lagi, apa yang penting, rakyat benar-benar faham mengenai pentingnya CRS dan kaedah penggunaannya yang betul. Tambahnya, pendirian MOT adalah jelas bahawa soal keselamatan jalan raya rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan dan dipandang serius.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Mengulas lanjut, beliau berkata kementerian akan terus bekerjasama dengan agensi lain di bawahnya seperti Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bukan hanya melibatkan penggunaan CRS tetapi merangkumi isu-isu lain berkaitan peraturan dan keselamatan jalan raya.

Menurut beliau, ramai yang beranggapan penguatkuasaan adalah bentuk pengeluaran saman semata-mata dan ada juga yang memberikan persepsi kononnya rakyat dibebani dengan peraturan yang merumitkan. Katanya, aktiviti penguatkuasaan adalah bertujuan memastikan masyarakat sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan keselamatan jalan raya.

Malah katanya, memberi nasihat kepada pengguna jalan raya juga merupakan antara kaedah penguatkuasaan.  Tambah beliau lagi, yang paling mustahak MOT menggalakkan orang ramai khususnya ibu bapa menggunakan CRS bagi menjaga keselamatan anak-anak mereka ketika menggunakan jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply