ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan tiada hasrat turunkan had harga siling petrol semasa – Anwar

Berita Tempatan

Views

Kerajaan tidak berhasrat untuk menurunkan had harga siling petrol semasa kerana harga minyak mentah dunia masih menunjukkan trend tidak stabil berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan.

Menurut Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu bagi mengelakkan kerajaan menanggung jumlah subsidi lebih tinggi secara berterusan.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Bagaimanapun, bagi mengimbangi tanggungan subsidi dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan serta kesejahteraan rakyat, kerajaan sedang menerokai langkah menambah baik pemberian subsidi secara lebih bersasar.

Ini bertujuan mengurangkan ketirisan subsidi dalam masa sama supaya penjimatan subsidi dapat diguna bagi mengoptimumkan perbelanjaan kepada program dan projek yang memberi nilai tambah kepada ekonomi negara.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) mengenai perancangan dan tindakan kerajaan berkaitan penstrukturan semula subsidi petrol atau penetapan semula harganya kepada RM1.50 seliter, dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Perdana Menteri menjelaskan untuk terus melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak mentah dalam pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling petrol RON95 dan diesel bersubsidi hingga hari ini, walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua produk berkenaan melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply