ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerana komen Caryn Yean mempersenda kematian Adib, Honda Sri Utama Auto Malaysia mohon maaf

Views

Ketika seluruh negara berduka kerana kematian wira negara, Muhammad Adib malam tadi, komen dari seorang pengguna akaun Facebook bernama Caryn Yean telah membangkitkan kemarahan netizen kerana mengeluarkan komen yang mempersenda kematian ahli Bomba terbabit. Komen yang sempat ditangkap layar (screen shot) itu berbunyi “Bukan kerajaan yang gagal tapi tuhan u yang gagal sembuhkan Adib” telah membuatkannya menerima pelbagai kecaman dan ada juga yang telah membuat laporan polis.

Netizen yang berang telah menularkan wajah dan juga pekerjaannya yang merupakan salah seorang kakitangan cawangan Honda Sri Utama Auto Malaysia menyebabkan majikannya mengeluarkan permohonan maaf di laman Facebook mereka sebentar tadi. Dalam satu hantaran yang dimuat naik ke laman Facebook tersebut pihak majikannya memohon maaf di atas komen biadap yang dikeluarkan oleh individu tersebut.

JOM BACA >> Pengeluaran Ertiga bakal tamat – Hampir capai jumlah yang ditetapkan oleh Suzuki Motor Corporation

Pihak syarikat juga tidak akan bertolak ansur dengan perlakuan yang dibuat sama ada semasa dalam talian atau luar talian. Buat masa ini, mereka telah menggantung kakitangan tersebut (Caryn Yean) dan memulakan siasatan dalaman dan bakal mengambil tindakan yang tegas. Honda Sri Utama Auto Malaysia juga turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga bomba terbabit dan berharap mereka tabah mengharungi saat sukar ini.

Kami harapkan selepas ini tiada perkara sebegini berlaku lagi pada masa akan datang. Kami ucapkan terima kasih kepada pihak Honda Sri Utama Auto Malaysia dan juga Honda Malaysia yang cakna dengan isu ini dan segera melakukan tindakan pantas. Dikesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga serta rakan sekerja Muhammad Adib yang telah kehilangan insan yang mereka sayangi malam tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah.

JOM BACA >> INTIP : Tun Dr. Mahathir naik Geely Bo Rui ziarah jenazah Tan Sri Zainuddin Maidin – Bayangan model pengganti Perdana?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply