ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta api peluru Shinkansen N700S mula beroperasi – Dilengkapi bateri lithium-ion jika berlaku kecemasan

Berita Global

Views

Central Japan Railway Co. (JR Central) telah memulakan operasi komersial kereta api peluru terbaharu mereka N700S di jajaran Tokaido Shinkansen, Rabu lalu. Menurut Japan Times, N700S merupakan kereta pertama model serba baharu Tokaido Shinkansen sejak 13 tahun yang lalu.

Ia menawarkan fungsi yang dipertingkatkan bagi keselesaan penumpang, antaranya outlet kuasa untuk mengecas peranti dipasang di setiap tempat duduk. Bilangan kereta api N700S yang hanya 4 unit beroperasi pada ketika ini akan ditingkatkan kepada 40 unit menjelang tahun fiskal 2022.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Pegawai JR Central berkata, pencahayaan tidak langsung di dalam kereta api ini memberikan suasana yang santai, manakala tempat duduk dan perehat belakang turun serentak semasa direbahkan bagi membantu penumpang berehat semasa perjalanan jauh.

Tambah pegawai itu lagi, N700S juga lebih senyap dan kurang bergetar, tidak seperti model Tokaido Shinkansen sebelumnya. Bagi mengelakkan penumpang dari tertinggal bagasi milik mereka, lampu pada rak bagasi di atas kepala akan menyala semasa kereta api tiba di stesen.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Model baharu ini juga dilengkapi dengan fungsi yang dipertingkatkan bagi menangani situasi kecemasan. Apa yang menarik, ia dilengkapi dengan bateri lithium-ion yang membolehkan kereta api ini meneruskan perjalanan ke kawasan pemindahan di sepanjang trek sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik akibat bencana alam.

Setiap gerabak turut dilengkapi dengan enam kamera litar tertutup (CCTV), lebih dua unit berbanding kereta api Tokaido Shinkansen konvensional yang lain. Majlis pelepasan uni pertama kereta api N700S telah dilangsungkan di Stesen Tokyo yang turut dihadiri oleh Presiden JR Central, Shin Kaneko.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply