ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta api tidak berhenti Hentian Kuala Gris, kakitangan KTMB digantung tugas

Berita Tempatan

Views

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantung tugas kakitangannya berkaitan kejadian kereta api tidak berhenti di Hentian Kuala Gris sehingga menyebabkan 100 pelajar tidak dapat ke sekolah pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022, pagi tadi.

Berita Harian melaporkan, KTMB dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan disiplin akan diambil sekiranya didapati berlaku kecuaian.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Hasil siasatan setakat ini, katanya, KTMB mengesahkan kereta api Shuttle Timuran nombor 51 yang berlepas dari Stesen Tumpat pada jam 4.05 pagi tadi, tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada jam 7.08 pagi.

KTMB memandang serius dan kesal dengan kejadian itu. Lebih kesal lagi, ia membabitkan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang baharu memulakan semula sesi persekolahan, hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Justeru, KTMB memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah yang terbabit, serta kesal atas kejadian yang berlaku.

Terdahulu, keterujaan 100 pelajar SMK Dabong untuk kembali ke sekolah pada hari pertama penggal ketiga 2021/2022, pagi tadi, terbantut apabila kereta api yang sepatutnya mereka naiki tidak berhenti di Hentian Kuala Gris.

Kejadian itu menyebabkan kesemua pelajar terbabit tidak dapat ke sekolah dan terpaksa pulang semula ke rumah masing-masing.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply