ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta curi ‘dihambat’ MPV Polis kemalangan – Tiga cedera

Berita Tempatan

Views

Tindakan nekad pemandu sebuah kereta dipercayai dicuri lari dari pemeriksaan polis membawa padah apabila kenderaan yang turut dinaiki dua penumpang itu terbabit nahas melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan – Maran berhampiran Kampung Paya Bungor di Kuantan, petang semalam. Video kejadian berdurasi 29 saat tular di laman sosial Facebook selepas dimuat naik dan dikongsi warganet.

Menurut Sinar Harian, dalam kemalangan kira-kira jam 6 petang itu, pemandu kereta berusia 32 tahun bersama dua penumpang termasuk seorang wanita masing-masing berusia 23 dan 21 tahun, cedera. Nahas turut melibatkan kenderaan polis jenis Mitsubishi ASX 2.0 dan sebuah lori, namun dua anggota polis terlibat dan pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, sebelum kejadian, dua anggota peronda lebuh raya (EMPV) Bukit Aman sedang melakukan pemeriksaan berhampiran Plaza Tol Seri Jaya, Maran.

Menurutnya, menyedari kehadiran polis, pemandu kereta jenis Proton Satria yang turut dinaiki dua penumpang itu mengelak pemeriksaan apabila memecut kenderaan memasuki Lebuhraya Pantai Timur 1 menghala ke Kuala Lumpur.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Jelas beliau, anggota polis terlibat mengejar kenderaan tersebut sebelum suspek berpatah balik dengan memandu secara melawan arus dan masuk kembali ke tol Sri Jaya menuju ke Jalan Kuantan – Maran. Tambahnya, adegan itu berlaku sehingga memasuki daerah Kuantan hingga simpang Lepar Hilir sebelum kenderaan suspek hilang kawalan dan terbabas melanggar sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Kamarulzaman berkata, akibat kejadian, kenderaan suspek berpusing beberapa kali dan turut terlanggar kenderaan polis. Pemandu dan dua penumpang kenderaan tersebut yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menerima rawatan.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan mendapati kereta itu adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Jinjang, Kuala Lumpur. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply