ARKIB

KATEGORI

Tular

Kereta curi rupanya

Tular

Views

Berita Harian melaporkan polis menafikan gambar tular di media sosial, mendakwa kereta jenis Mazda 6 yang ditemui di kawasan parkir di Bangi, dekat Kajang adalah kenderaan klon. Hasil maklumat orang awam pada jam 6.30 petang Ahad lalu, sepasukan anggota dari Balai Polis Bandar Baru Bangi dikerahkan ke lokasi terbabit untuk menjalankan siasatan.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, hasil pemeriksaan mendapati kereta itu dilaporkan dicuri di Beserah, Kuantan. Jelas beliau, kereta jenis Mazda 6 berwarna merah yang berkunci ditemui di kawasan letak kenderaan awam. Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan mempunyai status rekod kenderaan hilang.

JOM BACA >> Proton X50 – Perincian ringkas mengikut varian

Tambah beliau, kenderaan itu kemudian dibawa balik oleh anggota polis terbabit untuk tindakan dan siasatan lanjut. Dalam masa yang sama Mohd Zaid menasihatkan orang ramai untuk menyalurkan maklumat insiden jenayah atau kemalangan bagi membantu siasatan polis.

Tambahnya lagi, pihak polis khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang memerlukan bantuan dan kerjasama masyarakat untuk menjalankan tugas. Sebelum ini, tular di media sosial kononnya pemilik kereta tulen Mazda dari Johor berjaya menjejaki ‘kembarnya’ di Bangi dan kereta Mazda yang ditemui di parkir itu dikatakan kereta klon.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia
JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!
JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply