ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta dinaiki terbabas, kanak-kanak tercampak keluar dan jatuh dari jejambat

Berita Tempatan

Views

Malam tadi kami ada memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian seorang kanak-kanak terjatuh dari jejambat. Harian Metro melaporkan, kanak-kanak berusia lapan tahun ini cedera parah apabila tercampak keluar dari kenderaan dinaikinya sebelum terjatuh dari jejambat, dalam kemalangan di kilometer 0.4 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Jalan Tun Razak, Jumaat lalu.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkifly Yahya, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu bapanya terbabas sendiri. Katanya, kenderaan itu terbabas akibat hujan lebat sebelum melanggar tembok kiri jejambat berkenaan.

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?

Jelas beliau, akibat kemalangan itu, mangsa yang juga penumpang belakang tercampak dari cermin sisi belakang kanan dan jatuh ke bawah dari jejambat berkenaan. Zulkifly berkata, mangsa tercampak dari ketinggian antara 10 hingga 15 meter dan jatuh di kawasan parkir sebuah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Pahang.

Tambah beliau lagi, mangsa mengalami kecederaan retak di paha kiri sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Siasatan kes sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply