ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta dipandu rakyat Malaysia rempuh pemotong rumput di Thailand – 5 disahkan maut

Berita Global

Views

Menurut laporan dari Bangkok Post, lima pemotong rumput yang sedang berehat di tepi jalan maut, manakala seorang lagi parah apabila dirempuh oleh kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh wanita warga Malaysia di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum dekat Songkhla, Thailand.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Ketika kejadian yang berlaku kra-kira jam 3 petang itu, semua mangsa berehat selepas memotong rumput di kawasan itu sebelum dirempuh kereta tersebut. Menurut Ketua Penyiasat Balai Polis Rattaphum Thewa Daoruang berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Chaikaew, 53; Witchaya Thongma, 51; Somporn Sawatdiraksa, 54; Theerawut Mongkhol, 37; dan Wirat Semkhai, 34, manakala Bamreur Ketmoon, 56, dilaporkan parah.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Kereta berkenaan pula dipandu wanita berusia 31 tahun dari Kelantan dan dinaiki dua penumpang wanita lain, yang juga rakyat Malaysia. Siasatan mendapati, mereka bertiga yang dalam perjalanan dari Krabi menuju ke Hat Yai dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu itu dikatakan melanggar objek di atas jalan, menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu merempuh kumpulan pekerja terbabit. Kejadian itu juga sudah dilaporkan kepada Kedutaan Malaysia di Songkhla. Takziah kami ucapkan kepada waris mangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply