ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta ditelan bumi, wanita malang dapat pampasan RM16.64 juta

Berita Global

Views

Majlis Bandaraya Los Angeles telah diarahkan untuk membayar pampasan 4 juta Dolar (RM16.64 juta) bagi menyelesaikan tuntutan saman dari seorang wanita bernama Stephanie Scott yang keretanya telah ditelan ke dalam satu lubang besar. Insiden itu menyebabkan kenderaan wanita tersebut terperosok ke dalam air deras dan memaksanya memanjat bahagian bawah kereta yang terbalik itu untuk meminta bantuan.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Kejadian berlaku pada bulan Februari 2017 di Studio City dan menyebabkan wanita itu mengalami “kecederaan, kerosakan dan kehilangan” merujuk kepada tuntutan saman tersebut. Bomba yang tiba untuk mencari telah menjumpainya berada di atas kereta yang terbalik kira-kira 10 kaki di bawah permukaan jalan.

Mereka terpaksa menggunakan tangga berukuran 20 kaki untuk membantunya naik ke atas. Kata wanita tersebut kepada pihak penyelamat, dia merasa keretanya beralih ke kiri dan secara tiba-tiba ditelan ke dalam lubang besar itu. Beg udara berfungsi dengan baik dan air terus menerjah masuk ke dalam kereta.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Tambahnya lagi, dia cuba untuk menaikkan cermin tingkap namun gagal, tetapi berjaya membuka pintu untuk memanjat ke atas kereta dan menjerit meminta pertolongan. Nasibnya juga baik kerana selepas berjaya melepaskan diri, datang sebuah minivan yang turut terperosok dalam lubang tersebut dan terhempas di atas keretanya.

Peguam Scott, Kevin Boyl memberitahu Los Angeles Times yang anak guammnya mengalami kecederaan otak traumatik, sindrom pasca-gegaran dan masalah penglihatan. Tambahnya, kes ini amat serius dan Scott bernasib baik kerana masih hidup. Jabatan Kerja Raya bandar raya tersebut pula berkata, lubang itu berkemungkinan disebabkan oleh gabungan hujan lebat dan kegagalan sistem pembentungan.

Sumber : Autoblog

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply