ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta Hibrid Elektrik Proton menjelang 2014

Views

* gambar sekadar hiasan

Proton dijangka mengeluarkan kereta hibrid elektrik pertama mereka menjelang tahun 2014. Proton seperti juga pengeluar kereta yang lain sedang berusaha membangunkan kereta mesra alam tersbut. Proton sedang bekerjasama dengan firma Frazer-Nash Research (FNR)  yang berpangkalan di UK untuk membangunkan teknologi kereta elektrik mereka sendiri.

Firma tersebut mempunyai keupayaan untuk membangunkan paten intelektual mereka sendiri dalam teknologi bahan api alternatif dan mesra alam. Proton telah memperuntukkan RM500 juta untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam teknologi hijau dan dijangka meraih keuntungan selepas pengkomersilannya bermula pada 2014.

* Nampak seolah-olah projek ini senyap begitu sahaja, apapun kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak Proton. 🙂

sumber : thestar.com.my

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

13 Comments


  • seminggu lepas raya ada jumper org Proton bawa family gi raya pakai Exora REEV (senang kenal sebab kat pintu tulis REEV full akronim) between seksyen 30(jalan kebun) dan seksyen 32(berjaya park), tapi tak sempat(serta segan) nak ambik gambar, (sebab bebudak dlm MPV tu dah tgk gua sbb gua jeling kreta depa hehehehe) …. bunyi mmg lain, ada bunyi humming, bila exora REEV bergerak kira ok, kuasa digenerate mcm mencukupi tak underpower dan overpower, itu yg saya perhati ketika hari panas gila


  • Harga Kereta elektrik perlu dikurangkan, Ranai masih tak kisah bahawa kereta elektrik perlu dijadikan kenderaan masa depan bagi mengurangkan kos minyak dan bantu kurang pencemaran udara. untuk menggalakkan orang ramai guna dan beli Kereta elektrik, kerajaan kena kurang harga kereta elektrik

Leave a Reply