ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta klon, ramai terpedaya sebab harga murah – JPJ

Berita Tempatan

Views

Sindiket klon kenderaan mewah dikatakan menunggu sehingga tiga hari sebelum kereta itu dilupuskan di Singapura untuk dibawa masuk ke negara ini.

KOSMO!ONLINE melaporkan, sindiket yang memiliki Certificate of Entitlement (COE) kemudiannya bertindak menyembunyikannya di Malaysia sebelum diklon dan dijual kepada pembeli yang mahu kelihatan bergaya.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, taktik itu dikesan menerusi Operasi Khas Kenderaan Klon dengan kenderaan yang dibawa masuk kebanyakan adalah jenama BMW, Lexus, Mercedes, Honda dan Toyota.

Katanya, rata-rata kenderaan pula akan tamat tempoh untuk dilupuskan antara tiga hingga tujuh hari. Platform media sosial seperti Facebook, Telegram, Wechat dan aplikasi jualan kenderaan secara dalam talian digunakan untuk memperdaya orang awam.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Kereta tersebut dijual murah dari pasaran antara 3,000 sehingga 5,000 Singapura Dolar (SGD) bergantung kepada model dan tahun kenderaan kepada pembeli berusia 25 hingga 40.

Menurut beliau, ramai terpedaya disebabkan harganya murah dan dijanjikan diberikan cukai jalan serta geran kereta yang asli sedangkan JPJ tidak mengeluarkannya.

Sehubungan itu, Lokman menegaskan usaha mengesan rangkaian sindiket sedang dijalankan namun
mengalami kesukaran kerana mereka menggunakan akaun media sosial palsu untuk menjalankan urusan jual beli kenderaan.

Bagaimanapun, JPJ mempunyai sistem Road Charge Vehicle Entry Permit (RCVEP) yang digunakan di pintu masuk negara di Johor bagi mengesan kenderaan luar yang dibawa masuk ke negara ini.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Sistem berkenaan akan menyimpan rekod kenderaan berada di negara ini untuk tempoh melebihi dua bulan. Sekiranya berada dalam tempoh lama disyaki dijadikan untuk kenderaan klon dan menjalankan operasi mengesannya.

Jelas beliau, berdasarkan rekod didapati sebanyak 329 tangkapan kes kenderaan klon direkodkan sejak 2011 menerusi Operasi Khas Kenderaan Klon di Selangor.

Individu yang dikesan menggunakan kenderaan klon boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7(1); Seksyen 108 (3); Seksyen 90 (2) dan Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, JPJ Selangor turut melaksanakan Pelupusan Kenderaan Klon melalui lelongan awal pada tahun 2019 dengan menjual sebanyak 234 buah kenderaan.

Manakala bagi tahun ini, sebanyak 46 kenderaan pelbagai jenis serta model. Ini sekaligus menyumbang kutipan hasill kerajaan sebanyak RM4.69 juta.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply