ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta lumba elektrik ciptaan pelajar Jerman sekali lagi pecah Rekod Dunia Guinness – 0 ke 62 batu sejam hanya 1.461 saat!

Berita Global

Views

Kereta lumba elektrik yang dihasilkan oleh 20 orang pelajar Universiti Stuttgart yang dikenali sebagai ‘GreenTeam‘, mampu memecut dari 0 ke 62 batu sejam hanya dalam masa 1.461 saat.

Menurut laman sesawang universiti berkenaan, pecutan maksima kereta berkenaan dikatakan “hampir sama dengan daya yang dialami oleh angkasawan apabila roket memasuki semula ke atmosfera bumi”.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ini bukan kali pertama GreenTeam telah memecahkan rekod tersebut, jelas universiti berkenaan. Kali pertama mereka memecah rekod itu adalah pada 2012, dengan catatan masa 2.681 saat.

Kemudian, rekod tersebut telah dileburkan oleh Belanda dan Switzerland, sehingga pasukan dari Jerman itu kembali bangkit dan mengatasi rekod tersebut pada 2015 dengan catatan masa 1.779 saat.

Krew dari Switzerland sekali lagi memecahkan rekod itu pada 2016 dengan catatan masa 1.513 saat, dan ia kekal sehingga tahun ini.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Sebenarnya, ini adalah cubaan kedua GreenTeam untuk memecahkan rekod tersebut tahun ini selepas melakukan persiapan rapi hampir setahun.

Mereka terpaksa membatalkan cubaan pertama yang sepatutnya dijadualkan awal September lalu berikutan masalah teknikal.

Rekod Dunia Guinness berkata, rekod tersebut telah pun disahkan di litar ujian di Renningen, Jerman pada 23 September lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply