ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta meletup angkara sembur terlalu banyak penyegar udara dan nyalakan api rokok

Berita Global

Views

Gara-gara menyembur terlalu banyak penyegar udara dari tin aerosol dan kemudiannya menyalakan api rokok, sebuah kereta jenis SEAT tiba-tiba meletup di Halifax Town Centre. Menurut laporan BBC, saksi yang berada berhampiran dengan lokasi kejadian memaklumkan yang mereka terdengar ‘bunyi letupan kuat’.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Ia telah menyebabkan kesemua tingkap kereta itu pecah, selain pintu, bumbung dan belakang kereta itu rosak teruk dalam letupan tersebut. Bukan hanya kereta itu yang mengalami kerosakan, malah letupan tersebut telah merosakkan tingkap di beberapa premis perniagaan yang berhampiran. Agak mengejutkan pemandu kereta tersebut terselamat dan berjaya keluar dari kereta.

Lelaki yang dirahsiakan identitinya itu berjaya meyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan. Dia juga sangat bernasib baik kerana pihak berkuasa mengatakan situasi tersebut mungkin menjadi lebih serius. Ini bukan kali pertama tin aerosol menyebabkan letupan dalam kereta.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

September lalu, gelobang haba yang disebabkan oleh tin syampu kering berbentuk roket meletup di konsol tengah Honda Civic. Tin itu telah menembusi bumbung suria dan dilaporkan terpelanting kira-kira 15 meter dari kereta tersebut.

Satu lagi insiden yang lebih serius pernah berlaku dua tahun lalu apabila pemilik sebuah KIA Sorento meletakkan pemanggang barbeku dan terlupa untuk menutup tanki propana. Ia telah mengakibatkan propana memenuhi ruang kabin dan ia meletup semasa apabila seseorang menyalakan rokok.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Craig Moulding dan Jabatan Bomba & Penyelamat West Yorkshire

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply