ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta Nasional Ketiga – United Kingdom tawar kepakaran

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, Datuk Bandar London, Alderman Peter Estlin berkata, beliau yakin kemahiran United Kingdom (UK) dalam teknologi kenderaan elektrik (EV) mampu membantu Malaysia untuk mencapai sasaran penurunan kadar penghasilan karbon dioksida sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.

Katanya, jika projek kereta nasional baharu Malaysia memfokuskan kepada kenderaan elektrik, sememangnya wujud peluang untuk UK bekerjasama dengan Khazanah Nasional Berhad untuk menjayakannya.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Estlin menambah, syarikat automotif British, Jaguar Land Rover telah menyatakan komitmen mereka untuk melabur hampir 1 billion Pound bagai penghasilan EV di UK. Katanya lagi, pemain industri dari UK dan Malaysia boleh melihat kepada peluang kolaborasi untuk pembangunan bateri dan lain-lain proses pengilangan berteraskan berteknologi tinggi untuk EV.

Januari lalu, anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, SilTerra Malaysia Sdn Bhd (SilTerra Malaysia), telah bersedia untuk menawarkan kepakaran mereka dalam projek tersebut. Syarikat itu telah menerima pensijilan automotif IATF16949 yang diiktiraf di peringkat dunia yang pada masa sama membolehkannya menjadi pembekal dalam rantaian bekalan automotif di peringkat global.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Pada bulan Mac, Kementerian Pembangunan Usahawan telah mengumumkan yang mereka pada fasa akhir menyenarai pendek syarikat yang akan bekerjasama membangunkan kereta nasional ketiga. Menterinya, Datuk Seri Redzuan Md Yusof, berkata keputusan akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada pertengahan tahun ini, namun sehingga kini masih tiada khabar berita mengenainya.

Bulan Mei yang lalu, dalam jawapan parlimen kepada senator Chai Kim Sem, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek kereta nasional baharu bukan untuk membina kereta semata-mata tetapi sebagai pemangkin kepada perkembangan usahawan, perniagaan dan industri.

Projek ini juga secara tidak langsung dapat mewujudkan peluang pekerjaan terutama dalam bidang kejuruteraan. Ia juga akan dibiayai oleh pihak swasta dan bakal dilancarkan pada tahun hadapan. Prototaip pertama sepatutnya diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini tetapi ‘bayangnya’ sehingga kini masih belum kelihatan.

Kita nantikan perkembangan selanjutnya!

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply