ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta peronda Honda Civic yang dicuri habis minyak – Pasangan ini dicekup

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan dua suspek bertindak nekad apabila melarikan sebuah kereta peronda (MPV) model Honda Civic 1.8S milik pasukan polis di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang malam tadi. Dalam kejadian sekitar jam 9.40 malam itu, dua suspek dikatakan melarikan kenderaan baru milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan yang berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Sumber berkata, suspek dipercayai menyamar sebagai anggota polis dengan memasuki kawasan IPD dengan menunggang motosikal. Kemudian, suspek mendakwa mahu melakukan pemeriksaan terhadap MPV berkenaan sebelum melarikan salah sebuah daripadanya.

Susulan itu pihak polis melancarkan gerakan bagi memburu suspek yang dipercayai melarikan kenderaan itu ke selatan tanah air. Kereta MPV polis itu akhirnya berjaya ditemui semula berhampiran lampu isyarat di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, sekitar jam 2 pagi tadi.

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70

Dua suspek membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 20-an dan 30-an yang melarikan MPV itu berjaya diberkas polis di lokasi kejadian. Ada kemungkinan kereta MPV yang dilarikan itu kehabisan petrol. Motif kereta MPV itu dilarikan masih dalam disiasat.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut. Kereta MPV Honda Civic 1.8S adalah kenderaan terbaru digunakan PDRM yang dilengkapi peralatan komunikasi dan kamera berteknologi terkini sejak pertengahan September lalu.

Sebanyak 425 kereta Honda Civic 1.8S yang dilengkapi peralatan komunikasi RMPNet, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih digunakan PDRM dengan menelan kos keseluruhan bernilai RM67 juta.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS dan KAMI Pengguna JALAN RAYA

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply