ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta polis kena sondol pemandu mabuk

Berita Tempatan

Views

Sebuah kereta yang dipandu individu dipercayai mabuk telah melanggar sebuah kereta peronda polis di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, di Petaling Jaya, pagi tadi. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima maklumat berlaku kemalangan di lokasi berkenaan pada 4.02 pagi.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Kata beliau, sebaik tiba di lokasi tiga minit kemudian, anggota mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta berada di tengah jalan dalam keadaan rosak teruk dan tidak boleh bergerak. Tambahnya, anggota berpangkat koperal berkenaan kemudian meletakkan kereta peronda polis dipandunya di belakang kenderaan kemalangan (tengah jalan) dan memasang lampu biru serta lampu kecemasan selain membantu mengawal lalu lintas.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Bagaimanapun, sebuah kereta Nissan Teana tiba-tiba datang dari arah belakang lalu merempuh kereta peronda polis berkenaan. Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan berkenaan. Katanya lagi, pemandu kereta Nissan berkenaan dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Namun, menurut laporan terkini dari Sinar Harian, pemandu kereta Nissan Teana yang melanggar kereta peronda polis itu didapati negatif alkohol. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, ujian saringan air kencing terhadap pemandu itu didapati negatif (alkohol) dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply