ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta Porsche bakal dipasang di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Ini berita yang bakal menggembirakan kita! Pengeluar kereta sports yang berpangkalan di Stuttgart, Jerman, Porsche AG dikatakan bakal menjadikan Malaysia sebagai habnya di Asia Tenggara dan merancangkan untuk membina kilang pemasangan di sini.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Portal TheEdge melaporkan, Porsche akan bekerjasama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat di bawah Sime Darby Motors Sdn Bhd. Kilang pemasangan Porsche di Kulim, Kedah itu nanti bakal menjadi fasiliti pemasangan pertama syarikat tersebut di luar Jerman.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Perancangan yang dibuat oleh Porsche ini sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai pihak yang melihat Malaysia semakin ketinggalan di belakang Indonesia dan Thailand dalam mendapatkan pelaburan besar dari pemain automotif global. Baru-baru ini, Hyundai telah menutup ibu pejabat serantaunya di Mutiara Damansara dan memindahkannya ke Indonesia.

Menurut timbalan pengarah komunikasi korporat Porsche, Christian Weiss, Asia Tenggara mempunyai potensi besar dan pihaknya terus mengkaji pilihan untuk pertumbuhan selanjutnya di pasaran ini. Bagi pihak Sime Darby Motors pula, mereka menyambut baik kerjasama tersebut yang diharapkan mampu memberi nilai tambah terhadap pelan perniagaan strategik mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply