ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta solar ciptaan pelajar Palestin cabar sekatan minyak Israel

Views
State of Palestine: Gaza Strip students build solar car to help battle fuel shortage

Semangat kental warga Palestin berjaya mencetuskan ilham kepada dua penuntut dari Universiti Islam Al Azhar untuk mencipta kereta solar sekaligus mencabar sekatan minyak yang dibuat Israel di sepanjang Semenanjung Gaza. Dengan bajet yang sangat terhad, Khalid al-Bardawil dan Jamal al-Miqaty yang bekerjasama dengan Jabatan Kejuruteraan Mekatronik di universiti tersebut, berjaya juga menghasilkan kenderaan satu-tempat duduk tersebut yang dipasang dengan panel solar di atas bumbungnya.

Prototaip kereta solar tersebut bakal membawa berita gembira kepada warga Palestin yang mengalami kesengsaraan berterusan akibat krisis tenaga disebabkan oleh serangan udara Israel di satu-satunya janakuasa elektrik di Gaza pada 2006 menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Semenanjung Gaza pada tahun lalu hanya menerima 45 peratus tenaga elektrik yang diperlukan untuk melestarikan populasinya.

Kereta solar roda-tiga itu buat masa ini hanya mampu mencatat kelajuan 18 mph, namun projek ini merupakan langkah inisiatif untuk menghadapi sekatan kehidupan seharian di wilayah Palestin. Kenyataan dari Universiti Al Azhar mengatakan idea kereta solar ini diinspirasikan dari “defisit elektrik kronik” dan “kekurangan bekalan diesel” yang melanda Gaza.

Menurut Al-Miqaty, “Motor yang dijanakan kuasa elektrik tidak terdapat di bandar kami dan malangnya tiada siapa yang tahu bagaimana untuk membuatnya. Jadi kami perlu mendapatkan motor tersebut dan membuat banyak pengubahsuaian yang agak sukar untuk dilakukan.” Syabas kami ucapkan kepada mereka dan doa kami agar ada yang sudi membiayai projek untuk menambahbaik teknologi ini demi kebaikan warga Palestin pada masa akan datang. Teruskan usaha anda!

Sumber : https://www.rt.com/viral/358452-palestinian-students-solar-car/

KLIK UNTUK BESARKAN

57cf12f8c36188f4538b45f3 57cf12e0c36188f1538b45a3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply