ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta terbang kedua bakal muncul tahun depan?

Berita Tempatan

Views

Kami sebenarnya pening dengan menteri yang sorang ni. Semalam beliau kata kerajaan belum bersedia untuk bersedia membenarkan pengusaha menerbangkan kereta terbang pertama negara ini susulan peraturan dan perundangan berkaitan inovasi itu belum siap digubal. Hari ini timbul pula mengenai kereta terbang kedua yang dikatakan menggunakan teknologi berbeza daripada kereta terbang pertama.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Menurut Harian Metro, kereta terbang kedua ini bakal membuat penerbangan pertamanya pada suku ketiga tahun depan. Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kereta itu sedang dibangunkan di Eropah dan perbincangan sudah dilakukan dengan pembina sama ada untuk membawa kereta itu melakukan penerbangan pertamanya pada tahun depan.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Katanya, versi kedua menggunakan teknologi baharu dan pihaknya telah berbincang sama ada ia boleh dilakukan, dan sekiranya ada minat di negara ini, penerbangan pertama akan dilakukan pada suku ketiga tahun depan. Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 awal tahun ini, kementerian telah mempamerkan ‘prototaip kenderaan terbang’ yang dinamakan ‘Vector’. Menurut pembina prototaip ini, Aerodyne, Vector bukanlah kereta terbang yang paling dinanti-nantikan tetapi merupakan sistem pengangkutan udara dari titik ke titik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply