ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta terbang pertama Malaysia kini 85 peratus siap

Berita Tempatan

Views

Ini berita yang bakal membuatkan peminat kereta terbang semakin teruja! Menurut laporan dari portal Frontdesk.com.my, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata kerja-kerja pembinaan kereta terbang pertama Malaysia dikatakan telah 85 peratus siap. Menurutnya, prototaip itu sedang dibina oleh syarikat Malaysia di Jepun, kerana negara kuasa ekonomi itu mempunyai ekosistem sokongan untuk industri kereta terbang.

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Katanya, beliau akan ke Jepun pada bulan September untuk menghadiri Persidangan Penerbangan dan berharap dapat melihat sendiri kereta terbang yang hampir siap itu. Prototaip kereta terbang itu dijangka dibawa pulang ke tanahair menjelang hujung tahun ini. Beliau berkata demikian kepada para wartawan selepas menghadiri Persidangan Kepimpinan SME 2019 di Kuala Lumpur hari ini.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Kata menteri tersebut, perbincangan sedang dibuat bersama pelbagai kementerian yang terlibat dalam sektor penerbangan untuk mewujudkan ruang yang ada bagi kereta terbang di Malaysia, sama dengan usaha yang dibuat oleh beberapa negara lain untuk melengkapkan kemahiran usahawan tempatan dalam membangunkan kereta terbang.

Tambahnya lagi, kereta terbang ini merupakan inisiatif pihak swasta dan kerajaan tidak mengawal apa yang mereka (pelabur) mahu lakukan, tetapi perlu untuk mewujudkan industri (kereta terbang) di Malaysia. Apabila ditanya sama ada kereta terbang pertama negara itu akan dilancarkan menjelang akhir tahun, Mohd Redzuan berkata, ia bergantung kepada ekosistem Malaysia untuk kenderaan tersebut, terutamanya dari segi ketersediaan untuk terbang pada masa itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply