ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta terbang sebenarnya super dron buatan China

Berita Tempatan

Views
EHang AAV Trial Flights Across Cities in China-event organized by Kunxiang

Setelah puas mendengar sembang dan gebang ‘kereta terbang’, semalam terbongkarlah kisah misteri yang sentiasa diratib oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof kepada pihak media selama ini. Menurut Berita Harian, ‘kereta terbang’ itu sebenarnya adalah sebuah super dron yang dikatakan hasil usahasama syarikat tempatan dan China.

Super Dron yang bakal diuji terbang oleh ‘Pak Wan’ Khamis ini menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan bakal menjadi revolusi pengangkutan udara pertama di dunia. Ia dihasilkan menerusi usaha sama syarikat tempatan, EastCap Bhd bersama dua syarikat dari China iaitu EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited.

Kerjasama strategik ini adalah bagi memasarkan, menjalankan operasi dan perkhidmatan serta penyelenggaraan super dron itu di negara ini. Syarikat tersebut diterajui oleh Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari yang merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Struktur Super Dron itu juga tidak sama dengan kereta terbang yang sebelum ini didakwa dibangunkan menggunakan kepakaran tempatan. Semalam kami ada menyiarkan beberapa keping foto yang diperolehi dari laman Twitter yang memaparkan sebuah kenderaan dengan kapasiti dua tempat duduk berwarna putih dan mempunyai lapan bilah kipas berkembar.

Sebenarnya super dron itu adalah Ehang 216 yang merupakan pesawat tanpa pemandu (UAV) dan dron penumpang yang dibangunkan syarikat yang berpangkalan di Guangzhou iaitu Beijing Yi-Hang Creation Science & Technology Co. Ltd. Syarikat berkenaan meneroka perkhidmatan dalam bidang sinematografi udara, fotografi dan misi tinjauan.

Agak menghairankan, EastCap tidak mempunyai laman sesawang rasmi dan hanya menggunakan platform laman Facebook untuk membuat hebahan mengenai perniagaan mereka. Pada 10 Ogos lalu Berita Harian melaporkan, EastCap dalam satu kenyataan berkata, dengan menggunakan teknologi AI, ia digunakan untuk kegunaan pemantauan sempadan oleh pihak berkuasa, pelancongan, bantuan kecemasan, perubatan dan perladangan di Malaysia.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Malah syarikat itu berkata, pengenalan super dron di negara ini bukan untuk kegunaan pengangkutan awam, sebaliknya ia dicadangkan kepada pihak berkepentingan khususnya kerajaan dan pihak berkuasa. Syarikat itu juga menyasarkan pembinaan kemudahan pemasangan super dron berkenaan di Malaysia dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 10,000 unit setahun.

Super dron itu berupaya melakukan penerbangan dengan ketinggian 300 meter dan kelajuan maksimum 130 kilometer (km) sejam dengan jarak bagi kapasiti bateri adalah sejauh 110 kilometer. Berdasarkan kajian pihaknya, super dron ini berupaya membawa maksimum dua penumpang dengan maksimum kapasiti 600 kilogram dalam satu-satu masa.

Syarikat EastCap Bhd juga mempunyai beberapa cabang perniagaan yang lain dan tidak hanya tertumpu kepada pemasaran dan pembangunan super dron. Mereka juga bakal membuka sekolah penerbangan pertama di Jakarta, Indonesia dengan kerjasama Rumah Koperasi Indonesia (RKI).

Akademi penerbangan yang dikenali sebagai ‘Coop Air Pilot Academy’ itu akan menyediakan juruterbang terlatih dalam bidang penerbangan awam. EastCap Bhd juga terbabit dalam industri perladangan terutamanya dalam pembangunan tanaman Guarana. Syarikat itu juga menjalankan pelaburan bagi tujuan pembangunan kilang, sektor perladangan kepada tanaman guarana.

* Lain yang ditunggu, lain yang muncul. Apa status ‘kereta terbang’ yang dibangunkan oleh Aerodyne bersama rakan teknikal di Jepun? Kami harap Pak Wan tak pusing cerita lagi lepas ni.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply