‘Berpantang maut sebelum ajal’. Itu yang berlaku kepada pemandu sebuah kereta yang hanya luka di kepala dan tangan walaupun kereta yang dipandunya terperosok di bawah treler.
Kemalangan di Kilometer 88.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gurun itu berlaku pada 10.30 pagi, yang membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Alza, Perodua Axia dan treler. Ia turut menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih sejam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga kenderaan dari arah Sungai Petani menghala ke Alor Setar.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Katanya, siasatan awal mendapati Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 33 tahun berada di lorong kiri, sebelum treler yang dipandu lelaki berusia 56 tahun secara tiba-tiba mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri.
“Berlaku pergeselan yang menyebabkan Perodua Alza terbabas ke kiri dan jatuh ke longkang, manakala treler itu hilang kawalan dan menggelungsur ke kanan jalan.
“Ketika itu, pemandu kereta Perodua Axia yang berusia 34 tahun sedang memandu di lorong kanan, tidak sempat mengelak treler dan merempuh sisi kanan kenderaan berat itu.
“Akibat kemalangan, pemandu Perodua Axia luka di kepala dan tangan, manakala pemandu treler dan Perodua Alza tidak cedera,” katanya ketika dihubungi semalam.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Wan Azharuddin berkata, pemandu Perodua Axia itu yang juga juruteknik dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 9.39 pagi.
Katanya, pasukan BBP Aman Jaya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan Muhamad Fakrurradzi Omar ke lokasi dan mendapati pemandu semua kenderaan tidak tersepit.
Menurutnya, bantuan segera diberikan dan operasi tamat sepenuh pada 10.19 pagi. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Adam Wong Jr. dan Arif Berkat
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI