ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerja pencuci pinggan tapi naik Bentley Mulsanne, rupa-rupanya…

Tular

Views

Seorang pencuci pinggan di wilayah Sichuan, China dihantar ke restoran tempat dia bekerja dengan menaiki sebuah kereta Bentley Mulsanne, lapor laman berita Mothership kelmarin.

Video memaparkan wanita itu turun dari kereta Bentley tular di aplikasi Weibo. Dia kelihatan hanya memakai kemeja merah jambu, but getah dan apron.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

“Apa yang (wanita itu) kurang bukan wang, tetapi sesuatu untuk dilakukan,” demikian kapsyen hantaran tersebut.

Menurut laman Oriental Daily dan China Times, wanita itu sebenarnya sangat kaya, tetapi dia memilih mencuci pinggan di restoran untuk menghabiskan masa lapang.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pemilik restoran itu juga berkata bahawa keluarga wanita itu sebenarnya berada. Bagaimanapun, wanita itu mengakui niatnya bekerja di restoran bukan untuk mencari wang, tetapi untuk menghilangkan kebosanan.

“Ia sangat membosankan di rumah, dan saya berasa tidak selesa jika tidak membasuh pinggan selama sehari,” kata wanita itu. Orang yang memandu Bentley itu sebenarnya anak perempuan kepada wanita tersebut.

Menurut Oriental Daily, gadis itu tidak dapat menghalang ibunya daripada meneruskan hasratnya, tetapi dia menyokong dengan bersungguh-sungguh menghantarnya dan menjemputnya dari restoran setiap hari. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply