ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Kerosakan enjin punca pesawat ringan buat pendaratan cemas di lebuh raya

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, juruterbang pesawat ringan dan pembantunya yang mendarat cemas di Kilometer 47.8 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kulai pagi tadi, terselamat daripada sebarang kecederaan. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Penguasa Asyraf Nur Mohd Yusoff, dua juruterbang itu adalah warga Singapura.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Beliau berkata, ketika kejadian, pesawat jenis Beechcraft Bonanza N5045B itu dipandu Dr Yang Kuang Ying, 52 dan pembantunya, Saleehullah Abdul Majid, 41. Berdasarkan maklumat awal, pihaknya dimaklumkan pesawat ringan itu mengalami kerosakan enjin.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Pesawat yang mendarat cemas di laluan kecemasan lebuh raya dialihkan di kawasan lapang berumput kira-kira 100 meter sebelah lokasi ia mendarat cemas bagi melancarkan aliran trafik lebuh raya. Proses mengalihkan pesawat mengambil masa 30 minit menggunakan tenaga bomba, polis serta petugas PLUS.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada unit trafik berhubung kejadian pada jam 10.13 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan 10 anggota.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply