ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerosakan struktur jejambat, landasan bengkok punca LRT Ampang tergendala

Berita Tempatan

Views

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang-Sri Petaling mengalami kelewatan disebabkan penjajaran landasan bengkok berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Berita Harian melaporkan, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menerusi kenyataan, berkata hasil pemerhatian awal mendapati kelewatan LRT ini berpunca daripada kerosakan struktur jejambat akibat daripada kerja pembinaan bersebelahan kawasan itu.

Rapid Rail bersama pakar struktur berada di kawasan terbabit bagi menilai serta memastikan keselamatan juga kekukuhan struktur.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Pihak Rapid Rail membuat keputusan untuk menutup laluan di antara stesen Masjid Jamek dan Bandaraya sehingga keselamatan dan kekukuhan dapat dipastikan.

Katanya, operasi LRT Ampang dijalankan dengan kelajuan yang berkurangan dan akan menyebabkan kelewatan sebanyak sembilan minit di dalam daerah Pusat Perniagaan dan 18 minit di luar daerah perniagaan.

Tren daripada Putra Heights akan berpatah balik di Plaza Rakyat manakala tren daripada Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Bandaraya serta perkhidmatan ‘shuttle atau ulang-alik di antara Stesen Plaza Rakyat dan Masjid Jamek.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Bagi menampung penumpang, perkhidmatan bas alternatif juga sudah diaktifkan. Penumpang boleh menggunakan bas dengan nombor pendaftaran WVH9594 dan W7486Q untuk ke Stesen Plaza Rakyat dari Stesen Bandaraya.

Bagi penumpang yang ingin ke Stesen Bandaraya dari Stesen Plaza Rakyat, boleh menggunakan bas dengan nombor pendaftaran WUX5708 dan WVC3984 manakala untuk ke Stesen Bandaraya dari Stesen Sentul Timur bas PJJ7149 dan WUW1702 dan penumpang boleh menggunakan bas W3607T untuk ke Sentul Timur daripada Stesen Bandaraya.

Rapid Rail turut berkata, anggota polis bantuan sudah dikerahkan ke stesen utama bagi mengawal kesesakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rapid KL

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply