ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerusi keselamatan kanak-kanak – Keluarga besar diberi pengecualian

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, kerajaan memberi kelonggaran kepada pasangan yang mempunyai anak ramai untuk tidak menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) apabila peraturan itu dikuatkuasakan bermula 1 Januari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata kerajaan sedar dan mengakui sukar bagi keluarga yang besar menggunakan CRS dalam kenderaan berikutan masalah ruang. Katanya, untuk keluarga yang besar mereka diberikan pengecualian sekiranya CRS tidak boleh dipasang di dalam sebuah kenderaan.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini semasa menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang meminta kerajaan mengambil maklum mengenai isu CRS dalam kalangan keluarga yang mempunyai ramai anak.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, CRS dikecualikan duti import dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi memastikan pemasangannya tidak membebankan rakyat. Bermula 1 Januari ini, kerajaan mewajibkan penggunaan CRS di dalam kenderaan bagi menyelamatkan bayi dan kanak-kanak daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton

Menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai jumlah fi yang dikutip daripada permohonan dan kelulusan penggunaan cermin gelap, Kamarudin menjelaskan, sebanyak RM1.165 juta dikutip hasil bayaran fi yang dikenakan bagi permohonan menggunakan cermin gelap setakat ini sejak ia berkuat kuasa Ogos lalu.

Beliau berkata, jumlah kutipan itu membabitkan 413 permohonan termasuk permohonan atas faktor kesihatan yang dikecualikan fi. Katanya, Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menetapkan syarat setiap permohonan cermin gelap atas faktor keselamatan, dikenakan bayaran RM50 sebagai fi perkhidmatan manakala bayaran RM5,000 dikenakan selepas ia diluluskan.

Tambahnya lagi, bagi permohonan atas faktor kesihatan pula, pemohon dikecualikan daripada bayaran fi perkhidmatan dan fi kelulusan. Sehingga bulan ini, hasil kutipan fi bagi permohonan cermin gelap adalah lebih RM1 juta.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply