ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kes curi tayar kereta di Subang Jaya semakin berleluasa

Berita Tempatan

Views

Akhbar berbahasa Cina Sin Chew melaporkan, kes curi tayar kereta kini semakin berleluasa di Subang Jaya sejak dua bulan lalu. Situasi sebenar adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan pelbagai laporan dan keluhan penduduk di kawasan tersebut menerusi laman sosial dan di akhbar tempatan.

Baru-baru ini, tayar dua unit kereta telah dicuri dan kes pertama berlaku di dalam kawasan berpagar yang dikawal oleh pengawal keselamatan di USJ 11/3. Kereta tersebut, sebuah Perodua Bezza telah kehilangan dua biji tayar dan pemiliknya terpaksa mengeluarkan kos hampir RM2,000 untuk penggantian.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Satu lagi kes berlaku di kawasan tapak terbuka berhampiran dengan stesen LRT USJ 7, di mana pencuri hanya menggunakan batu untuk menongkat kereta terlebih dahulu bagi memudahkan kerja mereka untuk mencuri tayar.

Tambah malang, kesemua empat-empat tayar Proton Wira hitam itu lesap! En. Li Yanyun, ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya ketika melawat tempat kejadian menasihatkan orang awam supaya lebih berwaspada dengan tidak meletakkan kereta di kawasan yang tersorok dan gelap.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Mereka diminta supaya segera melaporkan kepada pihak pengawal keselamatan di kawasan kediaman tersebut sekiranya terlihat tingkah laku yang mencurigakan. Pihak polis juga diminta untuk menambah kekuatan anggota dan kekerapan rondaan di kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian ini berulang kembali.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply