ARKIB

KATEGORI

Tular

Kes gaduh di KSAB, anggota trafik cuba pertahankan diri

Tular

Views

Anggota polis trafik yang didakwa bergaduh dan kemudian dikatakan memukul pemandu treler dalam kejadian di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri, dipercayai hanya mahu mempertahankan diri.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, anggota polis trafik itu sudah tampil membuat laporan polis selepas insiden berkenaan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anggota polis trafik sedang menjalankan tugas pemantauan lalu lintas di KSAB sebelum mendapati treler dipandu seorang lelaki berada di lorong kanan yang sepatutnya dikhaskan untuk kenderaan ringan sahaja.

Pemandu treler itu enggan memberi kerjasama ketika pemeriksaan dilakukan, malah dia juga mengeluarkan kata-kata kesat, lalu bertindak membuka pintu dan terus menumbuk muka anggota trafik sebanyak dua kali sebelum menendang motosikalnya.

Jelas beliau, berlaku sedikit pergelutan antara mereka dan anggota trafik berkenaan cuba mempertahankan dirinya daripada pemandu terbabit.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Terdahulu, Rahmat berkata, pada jam 10.20 pagi semalam, pihaknya mendapati terdapat satu video berdurasi 50 saat dimuat naik seorang pengguna TikTok memaparkan seorang pemandu treler yang mendakwa dipukul seorang anggota polis trafik.

Katanya, susulan penularan video itu, pihaknya membuat semakan dan mendapati anggota polis trafik berkenaan ada membuat laporan polis, sebelum pihaknya bertindak menahan pemandu treler terbabit.

Tambah beliau, satu kertas siasatan sudah dibuka di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan pemandu treler berkenaan sudah ditahan, manakala pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya pada hari ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply