ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kes langgar lari Lebuhraya Grand Saga – Suspek telah ditahan

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, polis telah menahan suspek yang terbabit kes langgar lari di Lebuhraya Grand Saga, di Kajang, yang menyebabkan seorang maut pada 23 Disember lalu.Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di kediamannya di Cheras, kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah, berkata tangkapan dibuat hasil risikan dan maklumat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang mengenal pasti kenderaan dan pemandunya.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Katanya, hasil soal siasat awal, suspek mengaku terbabit kemalangan itu, sebelum membawa kepada penemuan kereta dipandunya pada malam kejadian yang disembunyikan di sebuah kawasan di Pandah Indah. Pemeriksaan mendapati kereta itu mengalami kerosakan di beberapa bahagian terutamanya luar badan kenderaan.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10.45 malam itu, sebuah Toyota Vios dinaiki suami isteri bersama empat anak berusia antara sebulan hingga 13 tahun terbabas sebelum terbalik akibat dirempuh daripada belakang oleh sebuah kenderaan lain.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Khoo Suat Teng, 36, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar daripada kenderaan bersama bayinya. Bayi berusia sebulan itu dilaporkan kritikal, manakala suami dan tiga lagi anaknya hanya mengalami kecederaan ringan.

Mohd Sabri berkata, kedua-dua kenderaan termasuk milik suspek sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa dan siasatan lanjut. Suspek juga menjalani ujian saringan air kencing dan sampel darahnya akan diambil untuk membantu siasatan.

Tambahnya lagi, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Kajang hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply