ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kes rasuah projek babitkan institut berkaitan automotif, SPRM tahan sembilan individu termasuk seorang Datuk

Berita Tempatan

Views

Seramai sembilan individu termasuk seorang bergelar Datuk masing-masing direman tiga hingga enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung satu projek bernilai RM85 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif di negara ini.

KOSMO! ONLINE melaporkan, kesemua suspek yang terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berusia 34 hingga 58 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, petang semalam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Menurut sumber, kesemua mereka yang ditahan itu merupakan pemilik kepada empat buah syarikat dan masing-masing seorang penasihat perubatan, akauntan, pengarah syarikat, ketua eksekutif dan ketua pegawai operasi.

Katanya, perintah reman antara tiga hingga enam hari bermula hari ini telah dikeluarkan oleh Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim terhadap kesemua suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Jelas beliau, dua suspek lelaki yang direman selama enam hari itu dipercayai telah meminta dan menerima suapan lebih RM14.9 juta daripada tiga lagi suspek sebagai balasan bagi membantu syarikat milik mereka mendapat geran menerusi tiga syarikat lain antara tahun 2018 hingga 2020.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai yang dihubungi telah mengesahkan tangkapan dan reman tersebut. Beliau memaklumkan bahawa kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply