ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ketangkasan anggota UTK hadapi ancaman pengganas di lapangan terbang diuji dalam Ex-Op Rampas

Berita Tempatan

Views

Ketangkasan para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Unit Tindakhas (UTK) berjaya menyelamatkan 54 tebusan termasuk lima krew pesawat yang ‘dirampas‘ oleh sekumpulan pengganas berasal dari negara jiran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tengah malam tadi.

Kesemua penumpang pesawat MH2612 yang sepatutnya berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu itu turut bersyukur apabila detik paling hitam dalam sejarah hidup mereka berjaya ‘ditamatkan’ oleh UTK, hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja apabila operasi menyelamat dilaksanakan.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Walau bagaimanapun, senario mendebarkan ibarat filem aksi itu hanyalah Latihamal Serbuan Kapal Terbang (Ex- Op Rampas) UTK yang julung kali diadakan pada tahun ini selepas beberapa kali tertangguh ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda negara sejak Mac lalu.

Menurut Komander UTK, SAC Tuan Mohd Khairi Khairuddin, objektif latihamal tersebut untuk menguji tahap keberkesanan perancangan dan tindakan PDRM ketika berhadapan dengan ancaman keselamatan di dalam kapal terbang.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Selain itu, ia juga bertujuan memantapkan lagi peranan dan tahap kesiapsiagaan UTK selaku sebuah Pasukan elit anti keganasan yang mampu menangani pelbagai bentuk serangan pengganas dalam negara. Selain PDRM, latihan tersebut turut disertai oleh krew sebenar dari Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang berpangkalan di KLIA.

Hadir menyaksikan latihamal di “South Support Zone” KLIA itu ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani bersama ketiga-tiga timbalannya dan wakil dari MAB.

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM)

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply