ARKIB

KATEGORI

Tular

Ketua Menteri Melaka puji ‘trafik pengiringnya’ beri keutamaan laluan kepada ambulans

Tular

Views
💢 VVIP Atau Ambulans ⁉️

Sebelum ini telah beberapa kali isu trafik pengiring yang menahan perjalanan ambulans bagi memberi laluan kepada konvoi VVIP menjadi topik hangat ‘membawang’ di kalangan warganet. Kali ini lain pula kisahnya.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya baru-baru ini menzahirkan penghargaan dan syabas buat ‘trafik pengiringnya’, Koperal Hafifi Kadray (T27) yang menunjukkan sikap terpuji apabila memberi keutamaan laluan kepada ambulans dalam satu konvoi rasmi di Negeri Melaka.

Menurut beliau, tindakan ini adalah wajar, lebih-lebih mengambil kira soal nyawa dan bantuan kecemasan yang memerlukan tindakan pantas petugas kesihatan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim

Katanya, tidak kira berhujan mahu pun berpanas, ‘abang rider’nya termasuk Koperal Zaidee Yaakop (T10) menjadi individu dan watak penting setiap kali tugasan mengiringi, seterusnya melancarkan perjalanan konvoi berkenderaan Ketua Menteri Melaka bersama pegawai kerajaan lain.

Tambah beliau lagi, mereka inilah wira yang tidak didendang! Terbaik abang trafik, kami tabik spring satu kali!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply